Program ini dibuat atas kesedaran untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat bencana banjir pada awal Mac 2023 yang melanda kawasan di negeri Johor dengan mangsa terjejas mencecah 3,000 orang. Menyalurkan derma dan sumbangan orang ramai yang diterima oleh pihak pertubuhan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pengagihan sebanyak 221 unit peralatan sekolah untuk pelajar yang terkesan dengan banjir. Menggerakkan pasukan sukarelawan PKUKM untuk membantu melancarkan perjalanan program dan bekerjasama dengan rakan strategik dalam menjayakan misi kemanusiaan.