Majlis Tausiah

Majlis Tausiah Bersama Ustaz Wadi Annuar Bersama Asnaf NGO PKU​

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada sabtu, 2 Disember 2023 Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU), yang merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Tausiah 5.0 Ustaz Wadi Annuar Bersama asnaf Pertubuhan Khidmat Ummah yang bertempat di Dewan Akademi Darul Ilmi, Kampung Che Bema, Kedah.
 
Majlis telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kerjasama kakitangan yang terlibat dalam menguruskan program tersebut iaitu staf NGO PKU serta dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada 40 orang. Majlis dimulakan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar yang bertajuk “Kebersihan Salah Satu Penanda Aras Iman’’. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan yang berbentuk barangan keperluan seperti beras, minyak, gula dan keperluan harian yang lain kepada para asnaf seramai 400 orang.
 
Terima kasih juga kepada penaja yang seikhlas hati telah memberi penajaan makanan kepada para asnaf iaitu Nasi Kandar Hussein, Nasi Kandar Yasmeen, HajFood Official Store dan Restoran Top’D Gurun. Secara umumnya, kami amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana semua objektif penganjuran program Majlis Tausiah 5.0 telah berjaya dicapai. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban para asnaf.
 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top