Sumbangan Barangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Taman Sri Impian, Sungai Petani.
Pada 15 Disember yang lalu, pihak PKU telah melawat mangsa-mangsa kebakaran di Taman Sri Impian, Sungai Petani. Kebakaran yang melibatkan kemusnahan teruk kepada 5 buah rumah itu menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Atas dasar prihatin, pihak PKU telah menyumbang mesin basuh serta barangan keperluan dapur kepada mangsa-mangsa yang terlibat.Diharapkan sumbangan oleh pihak PKU dapat memberi manfaat dan meringankan beban mangsa-mangsa tersebut.Terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang dan penginfak PKU yang sentiasa menyokong usaha kebajikan yang dilaksanakan.