Program Berkhatan Orang Asli

Pihak Pertubuhan Khidmat Ummah telah mengadakan Program Khatan Bersama Orang Asli pada 8 & 9 Februari bertempat di Kampung Orang Asli Pos Kemar, Temenggor, Perak.
 
Program ini melibatkan 22 anak Orang Asli yang berkhatan dengan sokongan 25 tenaga dari KKM dan turut dihadiri oleh YB Salbiah yang merupakan ADUN Temenggor.
 
Program dimulai dengan pemeriksaan kesihatan oleh KKM, diikuti oleh aktiviti untuk pelajar Orang Asli serta pendaftaran peserta berkhatan.
Sesi kedua pula melibatkan acara berkhatan beramai-ramai bagi pelajar sekolah dan penduduk asli Pos Kemar. Pihak PKU turut serta dalam pemberian saguhati kepada para peserta berkhatan , sumbangan barang dapur kepada ibu-bapa peserta dan pemberian cenderahati kepada YB , Doktor pakar KKM , serta pengerusi PIBG.
 
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua pihak dalam memberi sumbangan kepada komuniti Orang Asli !
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top