Sabtu, 17 Februari 2024-Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU), yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Tausiah 6.0 Ustaz Wadi Annuar bersama asnaf penerima bantuan PKU yang bertempat di Dewan Akademi Darul Ilmi, Kampung Che Bema, Kedah.
Majlis telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kerjasama erat antara staf NGO PKU dan sukarelawan. Majlis telah diadakan serentak dengan Kuliah Duha Perdana Bulanan Ustaz Wadi Annuar dengan ceramah yang bertajuk “Aurat’’.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Majlis Tausiah 6.0. Semoga pengisian ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada semua hadirin dan asnaf yang hadir pada program tersebut.
Salurkan sumbangan anda ke :
Akaun Maybank (5520 5982 5987)
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda