Majlis Tausiah Ustaz Wadi Annuar Bersama Asnaf 7.0

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada Sabtu, 29 Jun 2024 Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU), yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Tausiah 7.0 Ustaz Wadi Annuar Bersama Asnaf Pertubuhan Khidmat Ummah yang bertempat di Dewan Akademi Darul Ilmi, Kampung Che Bema, Kedah.

Majlis telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kerjasama kakitangan yang terlibat dalam menguruskan program tersebut iaitu staf NGO PKU serta dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada 20 orang. Majlis dimulakan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar yang bertajuk ‘’ Keluarga Sakinah’’. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah rumah terbersih kepada penerima yang terpilih.

Terima kasih juga kepada penaja yang seikhlas hati telah memberi penajaan makanan kepada para asnaf iaitu Bihun Sup & Nasi Daging Utara Royal, Big Stone,Nasi Kandar Shiffa, Nasi Ayam Golek Manja, Thoyyiba dan Restoran Top’D Gurun. Secara umumnya, kami amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana semua objektif penganjuran program Majlis Tausiah 7.0 telah berjaya dicapai. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban para asnaf.

Salurkan sumbangan anda ke :
Akaun Maybank (5520 5982 5987)
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top