Majlis Jamuan Sukarelawan PKU

Majlis Jamuan Sukarelawan PKU: Komitmen dan Dedikasi Tanpa Jemu
 
Pada 18 Oktober 2024, Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) dengan penuh rasa syukur telah mengadakan Majlis Jamuan Sukarelawan PKU bagi meraikan para sukarelawan yang telah memberikan sumbangan tanpa jemu dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan bantuan kepada masyarakat.
 
Seramai 80 orang sukarelawan telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang dianjurkan khusus untuk mengiktiraf komitmen dan usaha gigih sukarelawan.
 
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Al-fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar, Pengerusi PKU yang menyorot pencapaian serta cabaran yang telah ditempuhi sepanjang pelaksanaan program kebajikan. Pengerusi turut menekankan bahawa kejayaan PKU dalam membantu golongan memerlukan tidak mungkin dapat dicapai tanpa sumbangan ikhlas daripada para sukarelawan.
 
Di sepanjang majlis, suasana mesra kekeluargaan dapat diperhatikan dalam diri setiap sukarelawan. Sukarelawan yang hadir turut berkongsi pengalaman dan mempererat ukhwah, sebagai tanda dan bukti sokongan terhadap aktiviti PKU.
 
Pihak PKU mengucapkan ribuan terima kasih atas dedikasi sukarelawan yang luar biasa dalam menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran mereka. Semoga semangat sukarelawan PKU terus subur dan menginspirasi lebih ramai individu untuk turut serta dalam kerja-kerja amal di masa hadapan.
hadapan.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top