Dengan izin Allah SWT, pada Sabtu, 28 Disember 2024, Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU) telah menganjurkan Majlis Tausiah 9.0 Ustaz Wadi Annuar bersama penerima bantuan bertempat di Dewan Akademi Darul Ilmi, Sungai Petani, Kedah.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran lebih 500 penerima bantuan asnaf bersama ahli keluarga mereka. Program dimulai dengan ceramah khas oleh Ustaz Wadi Annuar bertajuk “Mahsyar – Siri 5”, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada penerima Program Kebersihan Rumah.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang hadiah serta petugas dan sukarelawan PKU yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Semoga Allah SWT membalas segala usaha murni kalian dengan pahala yang berlipat ganda.
Untuk anda yang ingin turut serta menyokong usaha amal ini.