Pada 6 Februari 2022 diRawang, Selangor. Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk Team Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda menyalurkan bantuan Pelupusan Mushaf Al-Quran & Kitab-Kitab Agama Islam yang terlibat dalam musibah banjir di sekitar Selangor. Pihak kami turut dibantu oleh 77 sukarelawan dari Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak yang sudi membantu bagi memudahkan proses Pelupusan Mushaf Al- Quran & Kitab- Kitab Agama Islam.