Bencana banjir luar jangkaan yang berlaku di sekitar Kuala Selangor telah menjejaskan ramai penduduk. Pada 8 Jan 2022, pihak Pertubuhan telah menyumbangkan sebanyak 400 unit periuk nasi elektrik kepada penduduk dengan kerjasama Team 4X4 Setia Jaya dan ketua kampung.
Misi Bantuan Banjir, Karak Pahang
Pada 22 Jan 2022, Misi ke 2 bantuan mangsa banjir telah dilaksanakan di Pekan Karak, Pahang. Pihak pertubuhan telah menyumbangkan sebanyak 600 unit periuk nasi elektrik kepada penduduk terlibat dengan kerjasama Team 4X4 Setia Jaya dan ketua kampung.
Misi Bantuan Banjir, Tumpat Kelantan
Pada Disember 2022, rata-rata kawasan negeri Kelantan telahpun dilanda banjir.
Kawsan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk diberikan bantuan adalah kawasan yang kurang
tumpuan untuk pemberian bantuan. Pihak PKUKM telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan
bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas dek kerana
banjir. Set barang bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak 541 toto Narita dan dapur
memasak Panasoni
Misi Bantuan Banjir, Tangkak Johor
Program ini dibuat atas kesedaran untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang
terjejas akibat bencana banjir pada awal Mac 2023 yang melanda kawasan di negeri Johor
dengan mangsa terjejas mencecah 3,000 orang. Menyalurkan derma dan sumbangan orang
ramai yang diterima oleh pihak pertubuhan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pengagihan
sebanyak 221 unit peralatan sekolah untuk pelajar yang terkesan dengan banjir. Menggerakkan
pasukan sukarelawan PKUKM untuk membantu melancarkan perjalanan program dan
bekerjasama dengan rakan strategik dalam menjayakan misi kemanusiaan.