Program Khidmat Masyarakat Kampung Orang Asli Lubok Lengong, Baling Kedah
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda berpeluang mendalami cara hidup masyarakat orang asli suku Kensiu dari rumpun bangsa Semang – Negrito seramai 84 buah keluarga dan 20 orang kanak-kanak menerusi program khidmat masyarakat yang telah diadakan pada 19 julai 2023 di Kampung Lubuk Legong iaitu 12 km dari Pekan Baling.
Dari program ini, PKU dapat berkongsi menyantuni para penduduk dan berkongsi ilmu dengan anak-anak orang asli. Program ini dapat menanam rasa tanggungjawab dan sifat kesukarelawan untuk memberikan khidmat sosial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan sosial.