Misi Bantuan Banjir 6.0

Machang, 19 Januari 2025 – Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) telah membuktikan komitmen kebajikan dengan pelaksanaan Misi Bantuan Banjir 6.0 di Machang, Kelantan.
 
Misi bantuan kali ini ditumpukan kepada 125 keluarga di Kampung Limau Hantu, Kampung Pak Roman dan Kampung Pangkal Kuang dengan pelbagai bentuk bantuan.
 
Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pengerusi PKUKM, al-Fadil Ustaz Wadi Annuar yang turut menitipkan harapan agar bantuan ini menyuntik semangat baharu kepada mangsa-mangsa banjir. “Misi pasca banjir ini bukan sekadar memberikan bantuan material, tetapi juga menyemarakkan nilai ukhuwah sesama insan. Harapan kami adalah agar mereka yang terjejas dapat bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas musibah ini.”
 
Pengarah misi bantuan, Encik Afinddie, menjelaskan bahawa seramai 40 sukarelawan telah digerakkan untuk misi kali ini. “Setiap sukarelawan memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancar. Pihak PKUKM berterima kasih kepada semua pihak dan rakan kerjasama yang telah menyokong usaha kami,” katanya.
 
Semoga usaha kecil ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus saling membantu. Terima kasih kepada penyumbang atas keprihatinan dan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti PKUKM.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top