SKIM BANTUAN BULANAN KHIDMAT UMMAH​

Skim Bantuan Bulanan Khidmat Ummah (SBBKU) yang dilancarkan oleh Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) merupakan skim rintis NGO kebajikan di mana bantuan yang diberi adalah bantuan kewangan secara bulanan dan berterusan seperti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan lembaga zakat. SBBKU merupakan satu usaha proaktif dan terkehadapan PKUKM, disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sejahtera dan sempurna.

capai sasaran 700

700 ASNAF TELAH BERJAYA DIBANTU

700 keluarga asnaf telah dibantu.

Syukur Alhamdulillah. Pertubuhan Khidmat Ummah dengan penuh kesyukuran ingin mengumumkan bahawa jumlah penerima bantuan tunai bulanan asnaf kini telah mencapai 700 keluarga. Ini adalah satu pencapaian besar yang tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan sumbangan dari semua pihak.

Program bantuan tunai bulanan ini bertujuan untuk meringankan beban kehidupan golongan asnaf, memastikan mereka dapat memenuhi keperluan asas dan hidup dengan lebih selesa. Setiap sumbangan yang diterima telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penginfak, sukarelawan, dan rakan kongsi yang telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini. Sokongan anda semua adalah nadi kepada kejayaan program ini.

Mari kita teruskan usaha ini dan bersama-sama membantu lebih ramai lagi yang memerlukan. Setiap sumbangan anda amat bermakna dan membawa harapan baru kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Scroll to Top