Mukaddimah
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayahNya Pertubuhan Khidmat Ummah telah berjaya ditubuhkan pada 6 Oktober 2021 bersamaan 29 Safar 1443 H. Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) adalah sebuah Badan Pertubuhan Kebajikan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
PKU ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu wadah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan membantu anak-anak yatim, golongan asnaf dan pihak-pihak yang memerlukan bantuan di sekitar daerah Kuala Muda. Insya Allah, semoga dengan sokongan daripada semua lapisan masyarakat, kami di PKU, dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti- aktiviti kebajikan.
Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Pertubuhan Khidmat Ummah serta pihak -pihak yang membantu sehingga tertubuhnya NGO ini. Diharapkan PKU akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Semoga usaha murni kita semua ini mendapat keredaan daripada Allah SWT. Sekian,
![gambar mukadimah gambar mukadimah](https://khidmatummah.org.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/gambar-mukadimah-e1704186409228-qhpm8lafiie4clcwo6zq05rvx3t3f7uv8ctolwyt5q.jpg)