VISI

Untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai organisasi yang mengilham dan memartabat usaha amal dan kebajikan.

MISI

1. Membantu dan melengkapi usaha-usaha kebajikan masyarakat dengan aktiviti setempat yang bermanfaat.

2. Bekerjasama dengan agensi lain yang mempunyai matlamat yang sama dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat.

3. Menganjur serta melaksanakan apa-apa jua program aktiviti yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk pembangunan ummah.

4.Menyampaikan perkhidmatan kebajikan yang cemerlang dengan nilai-nilai ihsan, integriti dan rasa hormat.

5.Melahirkan masyarakat yang berkembang maju serta berdaya tahan yang memegang utuh prinsip-prinsip Islam.

OBJEKTIF

Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda PKUKM berdedikasi untuk menyediakan bantuan dan perkhidmatan penting untuk menyokong individu dan keluarga yang memerlukan. Melalui komitmen kami yang utuh terhadap nilai ihsan, integriti dan budaya kecemerlangan kami berusaha untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka yang diberi khidmat.

Mengenai Kami

Pertubuhan Khidmat Ummah atau dikenali sebagai PKU merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan Non-Governmental Organization (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Oktober 2021 dan PKU dilancarkan secara rasmi pada 17 November 2021 bermatlamat secara khusus untuk memberi khidmat kepada ummah terutamanya masyarakat di daerah Kuala Muda, Kedah dan Malaysia umumnya. Pertubuhan ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub dan dibarisi oleh staf-staf yang sedia mengerah tenaga dalam kerja-kerja kebajikan. PKU akan terus komited dalam usaha meningkatkan kebajikan kepada ummah dan memperkukuh martabat Islam secara menyeluruh.

PKU juga membantu dan melengkapi usaha-usaha kebajikan masyarakat dengan aktiviti-aktiviti setempat yang bermanfaat seperti Skim Bantuan Bulanan Khidmat Ummah (SBBKU) yang dilancarkan oleh PKU merupakan skim rintis NGO kebajikan di mana bantuan yang diberi adalah secara bulanan dan berterusan seperti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan lembaga zakat negeri. Selain itu, PKU juga menjalankan misi bantuan kemanusiaan, aktiviti kebajikan, aktiviti sukarelawan contohnya gotong-royong rumah asnaf dan sebagainya. SBBKU merupakan satu usaha proaktif dan terkehadapan PKU, disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sejahtera dan sempurna. Objektif pemberian bantuan ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan asas penerima bantuan dan menjadi alat sokongan sosial kepada penerima bantuan untuk keluar daripada kemiskinan. Selain itu, menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang ditetapkan syarak. Juga untuk meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan di samping mempertahan dan meningkatkan martabat dan maruah ummah.

PKU ditubuhkan dengan objektif untuk menganjur serta melaksanakan apa-apa jua program atau aktiviti yang sesuai dan bermanfaat untuk pembangunan ummah dengan membantu dan melengkapi usaha-usaha kebajikan masyarakat dengan aktiviti-aktiviti setempat yang bermanfaat seperti merancang program ke arah kebajikan dari segi ekonomi, kesihatan dan keselamatan. Selain itu, pihak PKU juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang mempunyai matlamat yang sama dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat dan menganjur serta melaksanakan apa-apa jua program atau aktiviti yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk pembangunan ummah.

Scroll to Top