Skim Bantuan Bulanan Khidmat Ummah (SBBKU) yang dilancarkan
oleh Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) merupakan
skim rintis NGO kebajikan di mana bantuan yang diberi adalah
bantuan kewangan secara bulanan dan berterusan seperti yang
dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan lembaga zakat. SBBKU
merupakan satu usaha proaktif dan terkehadapan PKUKM,
disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat
meneruskan kelangsungan hidup dengan sejahtera dan sempurna.
OBJEKTIF BANTUAN
1. Memenuhi keperluan asas penerima bantuan.
2. Alat sokongan sosial kepada penerima bantuan untuk keluar daripada kemiskinan. 3 Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang ditetapkan syarak. 4. Meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan. 5. Mempertahan dan meningkatkan martabat dan maruah ummah.