RUMAH ASNAF
Sebagai memenuhi tanggungjawab agama dan sosial, pihak Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) mengambil inisiatif dan langkah proaktif untuk mewujudkan sebuah penempatan lestari bagi memberi perlindungan kepada asnaf fakir yang dikenali sebagai Bantuan Rumah Khidmat Ummah (BRKU). Usaha murni ini seiring dengan dengan matlamat PKUKM untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat khususnya golongan asnaf fakir dan seterusnya meningkatkan lagi martabat Islam.
Projek sulung ini dilaksanakan bertempat di Kg. Nakhoda Busu, Sg, Layar Hujung, Sg. Petani dengan keluasan 30,000 kaki. Perumahan ini membabitkan pembinaan 6 unit kediaman asnaf yang mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu dan dapur. Mula dibina pada penghujung tahun 2022 dan dijangka siap pada Oktober 2023. Kos keseluruhan pembinaan yang diperlukan adalah sekitar RM 900,00.00 dan sumber kewangan adalah hasil sumbangan penginfak dan orang ramai.
OBJEKTIF BANTUAN
- Membina sebuah penempatan bagi melindungi keluarga asnaf fakir.
- Membantu usaha meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam.
- Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang ditetapkan syarak.