Program Pendidikan Pemacu Perubahan

Program Pendidikan: Pemacu Perubahan
 
Tarikh: 18 September 2025
Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
 
Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan jayanya bersama anak-anak asnaf, bertujuan membina keyakinan, memperkasa potensi diri serta memberi pendedahan kepada peluang masa depan yang lebih cerah.
 
Program Pemacu Perubahan berjaya dilaksanakan dengan penyertaan anak-anak asnaf yang penuh semangat dan dedikasi. Kami percaya anak-anak asnaf ialah aset keluarga.Dengan ilmu, bimbingan dan peluang yang betul, mereka mampu mengubah kehidupan daripada susah kepada lebih baik dan sejahtera.
 
Semoga ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh menjadi pemangkin perubahan positif dalam kehidupan mereka.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini. 🙏
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top