Kuliah Duha Perdana

Pertubuhan Khidmat Ummah, dengan kerjasama Maybank Islamic, telah melaksanakan Majlis Kuliah Duha Perdana pada 15 November 2025 bertempat di Dewan Akademi Darul Ilmi. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maybank bersama golongan asnaf PKU yang bertujuan memperkukuh penyampaian ilmu, bimbingan rohani dan pengisian berstruktur.
 
PKU turut menyalurkan bantuan bulanan secara tunai kepada semua penerima yang hadir serta mengagihkan pek makanan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kebajikan komuniti setempat.
 
PKU seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada staf KPTM Alor Setar dan para sukarelawan atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top