Mesyuarat Jalinan NGO Kebajikan Kuala Muda 7.0 telah berlangsung pada 18 November 2025 di Pejabat Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda dengan kehadiran 7 badan NGO dan 3 institusi kerajaan. Perhimpunan ini bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan dalam usaha menyantuni masyarakat setempat.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada dua agenda utama, iaitu perbincangan mengenai dana atau peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk pelaksanaan program kebajikan, serta pembentangan berkaitan senarai hitam dan bentuk penipuan yang dikesan dalam permohonan bantuan dan sumbangan.
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda merakamkan penghargaan kepada semua rakan NGO dan agensi kerajaan yang hadir. Komitmen bersama ini diharapkan dapat memastikan bantuan disalurkan dengan lebih telus, tepat dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.








