Program Tanggungjawab Sosial Korporat Maybank Islamic bersama Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda telah dilaksanakan pada 29 November 2025 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam membantu golongan memerlukan.
Melalui program ini, lima keluarga asnaf terpilih diziarahi dan diberikan sumbangan keperluan asas serta pek makanan bagi meringankan beban hidup mereka. Program ini turut melibatkan penyertaan pegawai Maybank Islamic Cawangan Sungai Petani dan sukarelawan PKU yang turun padang bagi menyerahkan bantuan secara langsung.
Inisiatif ini mencerminkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial bersama dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terbela, di samping memperkukuh hubungan antara institusi kewangan dan masyarakat setempat.









