Pada 5 Mac 2026, Pertubuhan Khidmat Ummah telah menganjurkan Program Berbuka Puasa khas untuk golongan asnaf dan pelajar tahfiz. Program ini turut diserikan dengan penyerahan Pek Makanan Bakul Ramadan serta sumbangan cek daripada Farmasieverlife Neutra Sdn Bhd. Selain itu, program ini juga diisi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Farmasieverlife Neutra Sdn Bhd selaku penaja utama, serta para penyumbang dan penginfak yang bersama-sama menjayakan majlis berbuka puasa dan penyerahan Pek Makanan Bakul Ramadan ini.




