Pertubuhan Khidmat Ummah telah menganjurkan Agihan Bakul Ramadan melibatkan seramai 100 penerima dalam kalangan asnaf. Program ini dilaksanakan sebagai usaha menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan agar dapat melalui baki Ramadan dengan lebih tenang dan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, penginfak serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal soleh dan dikurniakan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.




