
Nurina, 20 tahun, memikul tanggungjawab besar menjaga ibunya yang menghidap penyakit saraf kronik sejak lebih 20 tahun lalu. Ketiadaan seorang ayah menjadikan Nurina tempat bergantung utama, manakala adik dan kakaknya pula terpaksa tinggal berasingan demi menuntut ilmu.
Walaupun masih muda, Nurina sudah biasa dengan amanah besar tersebut. Ibunya yang tidak mampu bertutur menyebabkan mereka hanya berkomunikasi menggunakan huruf. Selain itu, Nurina turut mengorbankan masa remajanya dan jarang bergaul dengan rakan kerana menumpukan sepenuh perhatian menjaga untuk menjaga ibunya yang semakin lemah.
Kisah Nurina mencerminkan ketabahan serta kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Pengorbanannya wajar dijadikan teladan bahawa keikhlasan dan kesabaran mampu menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.