INFAK PENDIDIKAN
Pertubuhan Khidmat Ummah melancarkan Kempen Infak Pendidikan bagi membantu anak-anak asnaf yang berpotensi tetapi terhalang daripada menyambung pengajian kerana kekangan kewangan. Ada antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran, namun terpaksa melupakan impian ke menara gading kerana kemiskinan. Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk menaja pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
OBJEKTIF BANTUAN
1. Membantu anak-anak asnaf berpotensi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta tanpa dibebani masalah kewangan.
2.Mengumpul dan menyalurkan dana pendidikan secara sistematik bagi tujuan pembayaran yuran, pembelian peralatan pembelajaran, serta keperluan asas pelajar.
3 Mengurangkan kadar keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar asnaf dan keluarga berpendapatan rendah.
4. Membina generasi asnaf berilmu, berakhlak dan berdikari yang berupaya mengubah taraf hidup keluarga serta menyumbang kembali kepada masyarakat.