INFAK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA

Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) melancarkan kempen infak bagi membina sebuah dewan terbuka yang akan digunakan untuk kuliah bulanan asnaf dan program kebajikan lain. Dewan ini bakal menjadi pusat aktiviti ilmu dan komuniti, khususnya kepada golongan yang memerlukan. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM200,000 dan akan dibina di hadapan pejabat PKU bagi memudahkan urusan pentadbiran serta penganjuran program. Fasiliti ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat melalui aktiviti ilmu dan pembangunan insan. Kami menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada pembinaan ini sebagai infak jariah. Sumbangan anda bukan sekadar membina sebuah bangunan, tetapi membuka ruang kepada penyebaran ilmu dan kebajikan yang berpanjangan. Semoga setiap sumbangan diberkati dan diganjari oleh Allah SWT.

Jom Berinfak!

Reference : infakdewan
Scroll to Top