Majlis Iftar Amal 2025

Sungai Petani, 8 Mac 2025 – Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar Amal yang berlangsung di Dewan Akademi Darul Ilmi. Majlis ini diadakan bagi mengumpul dana Skim Bantuan Bulanan bagi hampir 700 keluarga asnaf setiap bulan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis turut menyaksikan penyampaian replika cek oleh para penyumbang kepada PKU, dengan jumlah sumbangan keseluruhan mencecah ratusan ribu ringgit.

Antara penyumbang utama yang turut hadir termasuklah Ustaz Ahmad bin Mohd Yusof, Dato’s Mahadi bin Badrul Zaman, Puan Nur Hanum binti Subri, Puan Farah Nadiah dari Big Stones Merbok, Encik Suhaimi dari IslamicCruise, Kedai Emas ST Amanjaya, Nurjiwa Foundation, Kilang Beras Othman Jusoh Bersaudara (M) Sdn. Bhd., Datuk Kamil bin Din, Tan Sri Dato’ Sri Ismee bin Ismail, wakil Avangaad, Dato’ Mohd Reza Shah bin Abdul Wahid, Datuk Wira Mubarak Hussain bin Akhtar Husin, dan Encik Nasrul Asni bin Muhammad Dain.

Tidak dilupakan, kehadiran Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar, selaku Pengerusi PKU, yang menyampaikan tazkirah khas mengenai keberkatan Ramadan dan keutamaan membantu asnaf.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh Apex Tajudin, yang menyampaikan dua buah lagu.

Majlis ini juga tidak akan sempurna tanpa kerjasama dari para pramusaji daripada Kolej Komuniti Sungai Petani, yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang majlis berlangsung.

Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan bergambar bersama Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar, para penyumbang, serta tetamu jemputan, sebagai tanda penghargaan dan kenangan atas kejayaan majlis ini.

Semoga usaha ini terus mendapat sokongan berterusan daripada masyarakat dan menjadi inspirasi untuk lebih ramai pihak menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top