Ujian kesakitan itu berat, apatah lagi jika dihimpit dengan kekangan kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan rawatan.
Kami di Pertubuhan Khidmat Ummah melancarkan kempen Sumbangan Kebajikan Pesakit bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Dana wang tunai yang terkumpul akan digunakan sepenuhnya untuk pembelian keperluan mendesak pesakit seperti:
Lampin pakai buang, Susu formula khas, Kerusi roda, Keperluan perubatan & penjagaan harian