INFAK KELAS FARDU AIN

Ilmu Fardu Ain merupakan bekal penting dalam kehidupan seorang Muslim. Melalui Tajaan Kelas Fardhu Ain Asnaf, PKU berusaha membuka ruang kepada golongan asnaf untuk terus mendalami ilmu agama secara berkala pada setiap bulan. Setiap kali kelas berlangsung, PKU turut menyediakan pek makanan kepada semua asnaf yang hadir sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka. Sumbangan anda bukan sahaja membantu pengisian ilmu, tetapi turut menjadi asbab meringankan keperluan harian peserta. Jom sama-sama kita berkongsi rezeki untuk menjayakan usaha ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah, membawa keberkatan dalam hidup dan menjadi bekal kebaikan yang terus mengalir.

Jom Berinfak!

Reference : kelasagama
Scroll to Top