Kuliah Duha Bersama Asnaf

Alhamdulillah, Program Kuliah Duha Bulanan anjuran Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda kali kedua telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2025 (Ahad) di Surau Pejabat Urusan kami, Kampung Nakhoda Busu, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani.
 
Program ini menghimpunkan para asnaf penerima bantuan bulanan daripada PKU di sekitar Kuala Muda dalam suasana yang penuh ketenangan rohani dan penghayatan ilmu agama. Pengisian kuliah memberi pencerahan serta semangat baru kepada para peserta dalam menghadapi kehidupan seharian.
 
Turut disampaikan sumbangan pek makanan asas kepada semua peserta yang hadir sebagai tanda kasih dan keprihatinan PKU terhadap komuniti.
 
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan rohani yang berterusan serta hubungan yang lebih erat antara NGO dan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong misi Khidmat Ummah!
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top