Kisah Tabah Keluarga OKU Penglihatan di Sungai Petani
Encik Afifi dan Puan Siti Salwa merupakan pasangan suami isteri yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan. Mereka menetap di Taman Sri Tanjung, Sungai Petani, Kedah bersama tiga orang cahaya mata. Namun, dua daripada anak mereka turut menghidapi masalah penglihatan yang sama seperti kedua-dua ibu bapa mereka.
Ketiadaan pekerjaan tetap menyebabkan pendapatan keluarga ini tidak menentu. Ada minggu yang berlalu tanpa sebarang tawaran kerja, menjadikan kehidupan mereka amat mencabar. Encik Afifi merupakan ketua keluarga yang kehilangan deria penglihatan sejak berusia 10 bulan akibat demam panas, manakala isterinya, Puan Siti Salwa pula mengalami keadaan yang sama disebabkan faktor genetik keluarga. Anak sulung mereka yang masih bersekolah memerlukan perkhidmatan GRAB setiap hari untuk menghantarnya ke sekolah, dengan kos mingguan mencecah sebanyak RM250.
Keluarga ini mendapat bantuan tunai bulanan daripada Pertubuhan Khidmat Ummah, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan JKM.