
Asyraff Hakim, kini berusia 23 tahun, terlantar di atas katil selepas terlibat dalam kemalangan motosikal lapan tahun lalu. Kecederaan yang dialami amat berat. Tempurung kepala beliau tiada di sebelah kiri dan kanan, menyebabkan beliau memerlukan pemantauan dan penjagaan rapi sepanjang masa.
Beliau dijaga sepenuh masa oleh ibu kandungnya, Puan Azlina. Ayahnya, Muhd Nazeri, bekerja sebagai operator kilang dan menanggung perbelanjaan bulanan yang tinggi, khususnya untuk membeli susu formula yang menjadi ganti makan dan minum bagi memastikan Asyraff mendapat nutrisi yang mencukupi. Keperluan ini amat mendesak kerana satu tin susu seberat 400 gram hanya mampu bertahan sehari.
Selain usaha keluarga, bantuan turut diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak Masjid Bandar Perdana. Semoga Puan Azlina terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian ini, dan semoga masyarakat sekeliling terus bersama menyokong keluarga ini dengan doa dan keprihatinan.