Program Khidmat Masyarakat: Gotong-royong surau

Pertubuhan Khidmat Ummah telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat: Gotong-royong pembersihan dan menceriakan Surau Al-Ikhwan, Kampung Che Bema, Sungai Petani pada 18 April 2026 dengan penglibatan seramai 30 orang sukarelawan.
 
Program ini diadakan sebagai usaha mewujudkan persekitaran surau yang lebih bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan masyarakat setempat. Sepanjang program berlangsung, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan di beberapa kawasan surau termasuk ruang solat, kawasan luar serta tandas dan tempat wuduk. Penganjuran program ini turut mencerminkan semangat kerjasama, keprihatinan dan komitmen berterusan Pertubuhan Khidmat Ummah dalam melaksanakan aktiviti kebajikan serta menyantuni keperluan komuniti setempat.
 
Pihak kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK surau, para sukarelawan serta para penginfak yang telah menyumbang dan membantu menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi asbab kepada manfaat yang berpanjangan buat masyarakat.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top