Majlis Tausiah Bersama Asnaf

Pada 25 April 2026, Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda telah mengadakan Majlis Tausiah Bersama Asnaf Penerima Bantuan Tunai Bulanan PKU yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub bertajuk “Ancaman Allah Kepada Penyeleweng Zakat”.
 
Seramai 300 penerima bantuan tunai bulanan PKU telah dijemput bagi mengikuti pengisian ilmu ini yang terdiri daripada ibu tunggal, asnaf fakir, asnaf miskin dan warga emas.
 
PKU turut menyampaikan pek makanan kepada para penerima dan memberikan penghargaan kepada rumah asnaf terbersih sebagai dorongan untuk terus menjaga kebersihan dan keselesaan kediaman.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan, penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal kebaikan yang diterima Allah SWT.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top