Jalinan NGO Kuala Muda 8.0

Mesyuarat Jalinan NGO Kebajikan Kuala Muda 8.0 telah berlangsung pada 17 Mei 2026 di Pejabat Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda dengan kehadiran rakan-rakan NGO. Perhimpunan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara NGO dalam usaha menyantuni masyarakat setempat dengan lebih tersusun, telus dan berkesan.
 
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada satu agenda utama iaitu perbincangan mengenai isu rasuah dan penyelewengan dana dalam pengurusan bantuan serta sumbangan kebajikan. Perbincangan ini penting bagi memastikan setiap amanah yang diterima dapat diurus dengan penuh integriti dan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
 
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda merakamkan penghargaan kepada semua rakan NGO dan LZNK Kuala Muda yang hadir. Komitmen bersama ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja yang amanah, profesional dan berintegriti dalam gerak kerja kebajikan masyarakat.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top