Pada 23 Disember 2025, Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) telah menganjurkan Program Berkhatan Anak-anak Asnaf secara percuma dengan kerjasama Poliklinik Suffi, Sungai Petani.
Program ini berlangsung dari 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 16 orang peserta terlibat dan urusan berkhatan dikendalikan oleh 2 orang doktor bersama staf klinik dan staf PKU bagi memastikan perjalanan program teratur dan selamat.
Program ini merupakan kali kedua PKU menganjurkan program berkhatan. PKU berharap program ini dapat membantu keluarga yang memerlukan, terutama dari segi kos dan keperluan kesihatan anak-anak.
Setiap peserta turut menerima wang tunai, sijil penyertaan, dan cenderahati. PKU merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Poliklinik Suffi, barisan doktor, staf klinik, staf PKU, serta semua penyumbang yang menjayakan program ini.










