Sumbangan Hari Raya

Pertubuhan Khidmat Ummah telah mengadakan Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri khusus kepada golongan ibu tunggal sebagai usaha membantu mereka membuat persiapan Syawal. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kempen Ihya Ramadan yang memberi tumpuan kepada kebajikan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri.
 
Melalui program ini, sumbangan telah disalurkan kepada para penerima bagi meringankan beban perbelanjaan serta membantu persiapan hari raya. Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen berterusan Pertubuhan Khidmat Ummah dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top