Alhamdulillah, Malam Amal PKU 2026 telah berlangsung pada 6 Jun 2026 (Sabtu) dan dihadiri oleh Pengerusi Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda, al-Fadil Ustaz Wadi Annuar bin Ayub.
Malam Amal PKU dianjurkan bagi mengumpulkan dana bantuan kewangan bulanan kepada 700 keluarga asnaf yang memerlukan peruntukan sekitar RM1.6 juta setahun agar bantuan ini dapat terus berjalan secara konsisten dan menyantuni mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan strategik majlis iaitu Bertam Resort & Water Park Penang serta 13 penaja utama Malam Amal PKU 2026 iaitu Azirul Afina Legacy Sdn Bhd (Kedai Emas Azirul), Dusun Riffaa Empire, HBT Force (M) Sdn Bhd, Datuk Kamil bin Din, MINIMALACE Sdn Bhd, THB Maintenance Sdn Bhd, Kilang Beras Othman Jusoh Bersaudara (M) Sdn Bhd, Thong Ne Thae, Big Stone Legacy (M) Sdn Bhd, Klinik Pergigian Dr. Syahirah, Poliklinik Suffi, Uda Holdings Berhad dan juga Crave Muffins House (Mighty Boss). Malam ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air Faizal bin Ismail, Zizi Kirana dan Apex Tajudin.
Dengan izin Allah, kutipan keseluruhan sebanyak RM300,000 telah berjaya dikumpulkan sempena majlis ini. Terima kasih kepada semua penyumbang serta sukarelawan yang telah membantu menjayakan Malam Amal PKU 2026. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kebajikan kita dalam membantu ummat Nabi Muhammad SAW.












