“Barangsiapa melepaskan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.” — Riwayat Muslim

Keperitan Hidup Golongan Asnaf

Ramai dalam kalangan golongan asnaf di negara kita hidup dalam keadaan yang sangat mencengkam. Di sebalik pembangunan yang pesat, masih ramai yang:

Tidak cukup makan

Hidup sekadar mengalas perut dengan nasi putih dan garam, atau menahan lapar bila bekalan makanan kehabisan.

Anak-anak terpaksa ponteng sekolah

Bukan kerana malas, tetapi kerana tiada duit untuk tambang, tiada kasut, baju koyak, dan alat tulis tidak mencukupi.

Tinggal di rumah yang terlalu uzur

Bumbung bocor, lantai reput, dinding hanya dari papan nipis. Setiap kali hujan, mereka berteduh sambil memeluk tubuh kesejukan.

Sekilas Realiti Kehidupan Mereka

HANYARM2.60SAHAJA

Mengapa Sumbangan Anda Sangat Bermakna?

Bagi kita, mungkin RM10 itu hanya harga secawan kopi. Tetapi bagi mereka, RM10 itu boleh menjadi satu bungkus nasi, sebotol minyak masak, atau alat tulis pertama anak mereka untuk ke sekolah.

Marilah Kita Ringankan Beban Mereka

Satu tindakan kecil anda hari ini, mampu beri kesan besar dalam hidup mereka.

Scroll to Top