Sempena Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) akan melancarkan Kempen Ramadan PKU bagi mengumpul dana untuk:
1. Bakul Makanan Untuk Asnaf
2. Majlis Berbuka Puasa Untuk Asnaf & Pelajar Tahfiz
3. Sumbangan Duit Raya Untuk Asnaf
4. Sumbangan Untuk Operasi PKU
Kami membuka peluang sumbangan melalui “1 Slot RM100” sebanyak 1,000 slot sahaja. Setiap sumbangkan anda akan terus dimanfaatkan untuk menjayakan keempat-empat inisiatif, demi meringankan beban asnaf sepanjang Ramadan hingga Syawal.
Mari bersama PKU berkongsi rezeki, menyantuni asnaf dan bahagiakan mereka di Ramadan ini.