PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Kampung Sungai Layar, Sungai Petani
Tarikh: 27 Ogos 2022

Program sukarelawan ini dirancang bagi membantu golongan asnaf dan warga emas yang tinggal bersendirian untuk membersihkan persekitaran rumah mereka. Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang sukarelawan yang menyumbang tenaga dan masa atas dasar semangat sukarelawan. 

Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah
Tarikh: 19/7/2023

Program ini telah dilaksanakan di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah dengan memberi bantuan bekalan makanan  kepada penduduk kampung untuk meringankan beban mereka. Selain itu, kami juga menjalankan program ceramah motivasi bersama kanak – kanak di sana. Kami juga menjemput Penceramah jemputan Cik Aisyah untuk menjadi penceramah motivasi dan juga menjemput pelajar – pelajar daripada Akademi Darul Iftak untuk mengetuai sesi pemerkasaan ibadah.

Program Khidmat Masyarakat 3.0
Tarikh: 26/8/2023

Alhamdulliah, Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) berpeluang untuk menjayakan program sukarelawan di Pantai Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.
Program ini merangkumi seramai 70 orang sukarelawan yang berbesar hati untuk menolong membersihkan kawasan pantai tersebut.
Dari program ini, PKU dapat meningkatkan tahap kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar.
Program ini juga dapat melahiirkan sikap yang bertanggungjawab serta amalan murni dalam diri individu dan masyarakat.

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN UNTUKPENDUDUK PAYA NAHU
Tarikh: 17/11/2023

Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU), sebuah badan bukan kerajaan
(NGO), telah menjalankan usaha kebajikan yang penting dengan menyumbang sebanyak 1,000
pek barangan dapur kepada penduduk yang tinggal di PPR Paya Nahu 1 dan PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani.

Scroll to Top