Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda pada 23 Mac 2025 bertempat di pejabat PKU.
Pihak PKU berbesar hati menyampaikan sumbangan hari raya kepada semua 50 keluarga penerima bantuan yang terpilih di daerah Kuala Muda. Sumbangan duit raya ini adalah sebagai usaha kami untuk berkongsi kebahagiaan dan keberkatan kepada mereka yang dibantu.
Dalam program ini, Ustaz Ammar Syazwan turut memberikan tazkirah ringkas bertajuk “Lailatulqadar” sebelum penyerahan duit raya. Tazkirah tersebut memberi pengajaran mengenai kelebihan Lailatulqadar dan bagaimana ia memberi keberkatan kepada umat Islam.
Dengan sumbangan tulus ikhlas daripada penyumbang dan penginfak, kami dapat menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan program ini.
Semoga segala usaha dan sumbangan ini mampu mengukuhkan ukhuwah dan menghadirkan sinar keceriaan kepada semua. Kami berharap agar bantuan ini memberi kegembiraan dan semangat kepada semua keluarga yang menerima.













