
Pada 28 April 2025, telah berlangsung Majlis Perasmian Pejabat Urusan & Perumahan Asnaf Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda dengan lancar dan penuh rasa syukur.
Dengan izin-Nya, kami kini beroperasi secara rasmi di lokasi baharu yang lebih selesa dan strategik di Kg. Nakhoda Busu, Sg. Layar Hujung, Sg. Petani. Pejabat ini bukan sekadar ruang kerja tetapi simbol harapan, usaha dan impian yang dibina bersama.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato’ Ustazah Hjh. Siti Ashah binti Haji Ghazali, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah atas kesudian menjadi perasmi.Terima kasih juga kepada semua tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis.
Semoga pembukaan rasmi ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Kami amat menghargai sokongan padu yang telah diberikan sejak awal penubuhan hingga ke hari ini.
Terima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan kami.












