Program Ramah Mesra Jalinan NGO Kebajikan Kuala Muda 6.0

Kuala Muda, 19 Mei 2025 – Program Ramah Mesra Jalinan NGO Kebajikan Kuala Muda 6.0 telah berjaya dianjurkan pada hari ini bertempat di Pejabat Urusan Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) Kuala Muda. Program ini telah dipengerusikan oleh Pengasas PKU, Ustaz Wadi Annuar dan menghimpunkan wakil-wakil NGO kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Lembaga Zakat Negeri Kedah daerah Kuala Muda.
 
Sesi perbincangan yang dijalankan secara meja bulat telah membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pandangan dan cadangan membina dalam usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan NGO yang terlibat. Hasil pertemuan ini telah berjaya merangka strategi bersama yang lebih tersusun dan menyeluruh bagi pelaksanaan inisiatif kebajikan sepanjang tahun 2025.
 
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk pelaksanaan program ini.
Diharapkan pertemuan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang relevan dan berimpak tinggi demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top